Penyakit Tangan, Kaki Dan Mulut – Cara melegakan sakit HFMD

Promosi Ramadan Dikongsi Bersama
April 7, 2022

Penyakit Tangan, Kaki Dan Mulut – Cara melegakan sakit HFMD

Hand, Foot And Mouth Disease atau nama singkatannya HFMD telah menjadi salah satu penyakit berjangkit yang ditakuti oleh rakyat di negara Malaysia. HFMD berpunca daripada virus enterovirus iaitu coxsackie virus A16 (COX A16) & Enterovirus 71 (EV,71). HFMD ini juga muda berjangkit kepada kanak-kanak yang berusia kurang daripada 10 tahun dan kadar ke berjangkitannya sangat cepat terutama kepada kanak-kanak yang tinggal sebumbung dengan kanak-kanak yang sedang mengalami penyakit ini contohnya kanak-kanak yang tinggal di tempat pengasuhan seperti taska dan tadika.

Apakah tanda-tanda anak kita dijangkiti oleh HFMD ? Tanda yang boleh kita kesan apabila anak kita mula dijangkiti oleh penyakit HFMD iaitu anak kita menjadi sakit kepala, mula hilang selera makan, demam, ulser di dalam mulut & tekak, mula tumbuh ruam di badan dan timbul lepuh di tapak kaki dan tangan serta di kawasan anggota badan yang lainnya.

 

Bagaimana HFMD merebak ? penyakit HFMD ini akan mudah merebak apabila terkena lelehan hingus daripada kanak-kanak yang sudah dijangkiti. Selain daripada lelehan hingus, terdapat beberapa lagi cara penyakit ini merebak iaitu daripada lelehan air liur, najis, lepuh di anggota badan kanak-kanak yang berjangkit dan alatan permainan yang telah digunakan oleh kanak-kanak yang dijangkiti.

Tambahan pula, sebagai ibu bapa kita mesti akan cuba mencari ikhtiar untuk kesembuhan anak kita sebab setiap ibu bapa nak tengok anaknya sihat dan ceria seperti sedia kala. Saya ingin kongsikan beberapa tips yang boleh membantu para ibu bapa di luar sana untuk ikhtiar kan cara untuk sembuhkan dan melegakan anak-anak daripada penyakit HFMD. 

 

Kami kongsikan kebaikan Garam Himalaya terlebih dahulu kerana garam Seri Aishah boleh dijadikan sebagai masakan, minuman dan rawatan pada ulser kanak-kanak. Garam merah halus mempunyai tekstur yang lebih halus memudahkan para ibu bapa untuk membancuh garam ini untuk diberikan kepada anak dengan berkumur atau membilas (gargle) akan mengecutkan ulser dan mengurangkan bau mulut. Terdapat manfaat lain juga dengan kita berkumur air garam bukit melegakan sakit gusi dan gigi, tekak gatal dan sakit tekak. Hanya berkumur sahaja, tidak perlu telan. Untuk telan, boleh bancuh secubit garam ke dalam segelas air minum untuk detoks.

Risau juga bila kita lihat anak kita manahan kegatalan dan tidak selesa ruam-ruam merah. cara untuk kita bantu anak kita kurangkan kesakitan HFMD adalah melakukan mandian atau bilasan garam bukit himalaya bersifat anti-bakteria akan melegakan rasa gatal pada tangan dan kaki. Boleh juga dibancuh sebagai spray di bawa kemana-mana sahaja. Mandian air garam bukit juga amat membantu tubuh badan jadi lebih bertenaga dan segar. Jangan biarkan hanya menahan sakit, bantu mereka dapatkan tenaga secara alami.

Seterusnya,HFMD juga membuatkan tidur tak lena. Lampu garam yang sangat banyak kebaikannya boleh digunakan sewaktu malam atau bila-bila masa kerana ia boleh mengurangkan bakteria yang berada di dalam rumah terutama bilik tidur. Lampu garam juga boleh membantu kita mendapatkan tidur yang lena dan dapat melegakan sakit kepala dan selesema yang kita alami.

Lampu garam boleh dipasang pada waktu siang dan malam terutama di kawasan yang anak sering duduk atau bermain kerana di kawasan tersebut mungkin banyak bakteria yang merebak dan udara di sekelilingnya tidak begitu baik dan boleh menyebabkan kanak-kanak tersebut lambat sembuh daripada penyakit HFMD kerana bakteria merupakan punca utama penyakit ini mudah merebak. ion negatif akan membantu kita membersihkan ruang udara dipersekitarannya dan menjadikan ruang tersebut mempunya udara yang lebih segar dan kurang habuk.

Tips yang saya kongsikan tadi adalah ikhtiar yang boleh kita cuba untuk menyembuhkan penyakit anak kita. Cara melegakan HFMD yang di kongsikan ini bukan sahaja boleh digunakan semasa anak terkena jangkitan HFMD ini tetapi ia juga boleh digunakan dalam perlbagai aktivti untuk kita sihat dan 

Leave a Reply

Your email address will not be published.