PENGENALAN
Iodin merupakan zat makanan yang diperlukan oleh tubuh badan manusia dalam kuantiti yang sedikit namun peranannya penting dalam proses sintesis hormon tiroid di kelenjar tiroid. Hormon ini bertanggungjawab dalam pertumbuhan, perkembangan dan kawalan proses metabolisma badan manusia di semua peringkat usia. Malah, keperluan zat iodin meningkat sebaik saja hamil. Zat iodin adalah penting dalam pembentukan otak janin terutama bagi perkembangan otak serta fungsi saraf selain bertujuan mencegah wanita hamil daripada masalah goiter dan hipotirodisme.
Pengiodinan Garam Secara Universal (Universal Salt Iodization, USI) merupakan strategi utama yang telah dicadangkan oleh WHO, UNICEF dan ICCIDD (2007) dalam menghapuskan masalah gangguan akibat kekurangan iodin (Iodine Deficiency Disorder, IDD) di peringkat populasi. Ia dilaksanakan dengan menambah zat iodin ke dalam garam yang dijual dan dipasarkan kepada masyarakat secara menyeluruh. Sehubungan itu, pada November 2018, seluruh Malaysia telah diwartakan untuk menggunakan garam beriodin secara mandatori bagi kegunaan isi rumah dan akan mula berkuatkuasa mulai 30 September 2020.
Garam kegunaan isi rumah dipilih sebagai medium untuk melaksanakan proses pengiodinan kerana:
Pengiodinan garam ini juga telah mengambil kira strategi pengurangan garam Malaysia iaitu menyarankan penggunaan garam beriodin tidak melebihi 5 gram (1sudu teh) sehari selaras dengan saranan Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO).
OBJEKTIF
Objektif Program Pengiodinan Garam Secara Universal atau dikenali sebagai USI adalah untuk mengawal dan mencegah gangguan akibat kekurangan iodin (Iodine Deficiency Disorder, IDD) terutama dalam kalangan kumpulan rentan seperti ibu hamil dan kanak-kanak.
AKTIVITI YANG DIJALANKAN
Menjalankan penilaian program USI secara menyeluruh untuk melihat keberkesanan dan impak kepada kesihatan masyarakat.