Tahukah Anda Garam Kristal Hunza Juga Digunakan Dalam Rawatan Perubatan Islam

Percaya atau tidak, ada situasi tertentu yang memerlukan kita mendapatkan rawatan alternatif perubatan Islam untuk menghilangkan kesakitan. Misalnya kesakitan akibat dari gangguan makhluk halus.

Dalam kes ini, pesakit perlu berjumpa dengan pengamal perubatan Islam sebagai salah satu ikhtiar memulihkan kesihatannya. Seringkali kita lihat bahan-bahan seperti air, garam, limau nipis dan lada hitam digunakan dalam rawatan. 

Sebut tentang GARAM, ada beberapa jenis garam yang biasanya digunakan oleh perawat. Ada perawat yang menggunakan garam merah, garam putih dan antara yang terkenal adalah Garam Kristal Hunza. Ramai yang masih belum tahu kewujudan Garam Kristal Hunza dan khasiat-khasiatnya yang baik untuk manusia. 

Garam Kristal Hunza ialah garam berenergi tinggi yang boleh digunakan untuk melakukan rawatan awal dengan segera. Rawatan sendiri di rumah sebelum mendapatkan rawatan susulan dari yang pakar. 

Sebab itulah 1 rumah perlu ada 1 botol Garam Kristal Hunza SERI AISHAH ini!
 

Pernahkah Anda Mengalami Situasi Seperti Di Bawah?

Badan Kerap Letih, Lesu dan Tidak Bermaya

Anda sering merasa letih, lesu dan tidak bermaya meskipun tidak melakukan kerja berat? Kadang-kadang kan rasa macam malaaaas je..Malas mandi, malas bangun, malas nak buat apa-apa. Paling teruk sampai rasa malas nak beribadah!

Kalau tidur malam pula, selalunya tak lena. Rasa macam tak boleh nak tidur sedangkan badan penat. Kalau dah terlena, selalu sangat mimpi buruk. Kadang-kadang mimpi ular, mimpi jatuh dari tempat tinggi, mimpi wajah menyeramkan, dan macam-macam lagilah.

Selalunya baca al-Fatihah, 3 Qul dan ayat Kursi je kalau situasi begini berlaku. Pasang alunan surah sebelum tidur pun buat juga. Tapi itulah tetap juga berlaku perkara sama hampir setiap hari. Malah, semakin teruk! Gangguan tak henti-henti!

Digigit Haiwan Berbisa

Tengah tidur, rasa macam ada benda merayap kat leher. Tiba-tiba rasa macam kena sengat. Aduh, bisanya!

Cepat-cepat tepis, buka lampu, sekali ternampak ada lipan besar atas lantai. Kita pun menjeritlah sampai terbangun satu rumah. Bila dah panik, rasa ‘blank’ kejap tak tahu nak buat apa.

Gigitan haiwan berbisa ni tak boleh buat main. Kena cepat-cepat ke hospital untuk dapatkan rawatan. Tapi, tak semua orang tinggal berhampiran dengan hospital dan boleh sampai cepat.

Tak ada ke apa-apa benda yang kita boleh guna untuk sekat racun bisa sementara dalam perjalanan ke hospital? Memang risau sungguh kalau jadi macam ni, tambah-tambah pula kalau anak kecil yang jadi mangsa.

Gangguan di Tempat Penginapan

Ada masanya kita perlu menginap di hotel atau homestay atas urusan kerja, bercuti ataupun mendaftar anak untuk kemasukan di universiti.

Perasan tak kadang-kadang bila masuk bilik tu je, rasa meremang bulu roma? Kita rasa macam susah tidur walaupun tilam dan bantal hotel tu sangatlah empuk. Kalau bawa anak kecil, anak tu asyik menangis je tak henti. Anak yang lain pula mengadu nampak kelibat melintas. 

Ditambah pula kita sendiri tersedar dari tidur sebab dengar bunyi orang main guli ataupun bunyi orang tarik perabot. Geram ada, seram pun ada!

Pernah tak anda terfikir nak buat apa kalau berada di situasi ini? Atau apabila diri kita atau ahli keluarga kita diganggu makhluk halus dan tiada orang yang boleh bantu pada masa itu? Sudah tentunya kita akan panik dan tak tahu nak buat macam mana, kan?

Sebolehnya, kita nak elakkan hal begini tapi kalau dah terjadi macam mana nak buat?

Jangan Bimbang, Setiap Masalah Pasti Ada Penyelesaiannya!

Garam Kristal Hunza SERIAISHAH

Setiap rumah mesti ada simpanan garam kristal Hunza SERI AISHAH!

  • Kualiti terbaik yang diimport khas dari Pakistan dengan pengiktirafan pensijilan
  • Pilihan perawat Islam untuk memulihkan masalah gangguan kronik
  • Garam yang bersih boleh dibuat minuman dan kegunaan luaran
  • Dipekkan dalam beberapa pilihan saiz dan berat

Pilih berikhtiar untuk pulihkan masalah kesihatan atau ketidak-selesaan ruang asbab gangguan makhluk halus, gigitan haiwan berbisa, mengembalikan tenaga untuk kembali cergas dengan segera dengan Garam Kristal Hunza SERI AISHAH!

Keistimewaan Garam Kristal Hunza SERIAISHAH

Sebenarnya, garam kristal Hunza SERI AISHAH mempunyai beberapa keistimewaannya yang tersendiri yang menjadikannya unik berbanding garam biasa yang kita gunakan di rumah.

Ramai yang tidak tahu bahawa garam kristal Hunza merupakan garam paling berenergi tinggi disebabkan oleh kandungan Biophoton, iaitu tenaga solar yang tersimpan di dalam zarahnya. 

Hal ini menjadikannya sesuai untuk perubatan alternatif Islam kerana dapat memulihkan energi pesakit yang sedang berada pada tahap yang lemah. 

Selain itu, garam ini berkualiti tinggi dan bersih. Garam ini adalah asli dan tidak mengandungi sebarang pencemaran daripada persekitarannya. 

Garam kristal Hunza SERI AISHAH ini telah diiktiraf selamat dan tiada logam berbahaya (ada sijil FSSC22000).

Testimoni Garam Kristal Hunza SERIAISHAH

Adakah Garam Kristal Hunza SERIAISHAH Selamat Digunakan?

Garam SERI AISHAH telah mendapat pengiktirafan seperti di bawah: 

 

  1. Sijil Halal Pakistan yang diiktiraf JAKIM
  2. Sijil food Safety (FSSC22000)
  3. Certificate of analysis
  4. Technical datasheet
  5. Allergens declaration food labelling

 

Jadi, sudah pastinya garam kristal Hunza SERI AISHAH ini selamat digunakan oleh manusia bagi semua peringkat umur!

Solusi Garam Kristal Hunza SERIAISHAH

Badan yang letih lesu dan tidak bermaya tidak sepatutnya dibiarkan berterusan. Ini kerana badan kita mengalami tahap energi yang paling rendah. Bila energi sangat rendah, jin dan syaitan mudah menguasai tubuh badan kita.

Sebelum berjumpa dengan pengamal perubatan Islam, kita boleh cuba berikhtiar sendiri dahulu di rumah. Garam kristal Hunza SERI AISHAH merupakan salah satu ikhtiar terbaik yang kita boleh cuba. 

Ambil sahaja beberapa ketul garam kristal Hunza SERI AISHAH dan letakkan ke dalam botol. Campurkan dengan air dan spray ke tubuh badan kita apabila perlu. Kalau nak buat mandian pun boleh juga dengan menggunakan garam kristal Hunza tersebut.

Gigitan haiwan berbisa sangat bahaya jika tidak mendapatkan rawatan segera. Sepatutnya dengan segera, kita perlu halang bisa daripada terus merebak ke tubuh badan sementara menunggu rawatan hospital.

Pengamal perubatan alternatif Islam mencadangkan garam kristal Hunza digunakan sebagai rawatan awal kepada sesiapa yang terkena sengatan haiwan berbisa. Ini kerana garam kristal Hunza merupakan salah satu penawar untuk menyekat racun bisa merebak ke dalam badan.

Caranya adalah dengan mengambil beberapa (3) ketul kecil garam kristal Hunza SERI AISHAH dan kemam di dalam mulut dengan segera. Pada masa yang sama, bergegas ke hospital untuk dapatkan rawatan doktor. 

Suasana tempat tinggal yang tenang amat penting tidak kira di mana sahaja kita berada baik di rumah, rumah penginapan mahupun di hotel. Perkara negatif seperti gangguan makhluk halus boleh dielakkan dengan garam kristal Hunza SERI AISHAH. Insya-Allah.

Sebaik sahaja sampai di bilik penginapan, gunakan bancuhan garam kristal Hunza SERI AISHAH dan semburkan di setiap ruang bilik tersebut. Energi yang kuat daripada garam kristal Hunza ini mampu meneutralkan energi negatif yang berpunca daripada makhluk halus.

Tidak lupa juga spray di badan kita dan anak-anak kita sebagai ikhtiar untuk menghindari gangguan makhluk halus. Kalau anak menangis dan susah tidur malam pun boleh juga spray garam kristal Hunza ini. 

Semburan garam kristal Hunza SERI AISHAH dilakukan apabila perlu.

Cara Menggunakan Garam Kristal Hunza SERIAISHAH

Garam kristal Hunza merupakan garam pelbagai guna, iaitu:

  • Untuk rawatan alternatif Islam
  • Untuk rawatan awal gigitan haiwan berbisa
  • Sebagai minuman untuk meningkatkan imun tubuh badan
  • Sebagai mandian untuk menyegarkan badan dan membuang toksin
  • Dijadikan rendaman kaki bagi meredakan lenguh, cramp, sakit otot dan sendi

Dapatkan Garam Kristal Hunza SERIAISHAH

FAQ Garam Kristal Hunza SERI AISHAH

5 soalan lazim mengenai Garam Kristal Hunza:

Berapa kuantiti garam kristal Hunza sehari untuk minum?
1-3 biji garam kristal Hunza sehari. Jika bersukan dan aktif boleh ambil lebih.
Berapa lama garam ni tahan?
5 tahun
Selain untuk minum boleh guna untuk apa lagi?
Memasak, mandian dan rendaman kaki. Garam kristal Hunza mempercepatkan penyembuhan rawatan.
Siapa yang boleh amalkan garam kristal Hunza?
Kanak-kanak, dewasa dan warga emas.
Apa perbezaan garam kristal Hunza dan garam yang lain?
Garam Hunza ada berbentuk kristal, keunikan dan keasliannya mempunyai lebih 80 mineral yang bantu tingkatkan kesihatan mengandungi tenaga dan kandungan Biophoton bagi kesihatan manusia sejagat.