Garam Bukit Hitam atau Himalayan Black Salt juga dikenali sebagai Indian Black Salt, Kala Namak dan beberapa nama lain termasuk Sulemani Namak dan Kala Loon. Ia selalunya di gunakan di Pakistan, India dan negara Asia.
Ia berasal daripada Garam Bukit Himalaya berwarna kemerahan (Himalayan pink salt) dan di panaskan atau di bakar dengan suhu yang tinggi kemudiannya di campur dengan rempah dan herba india ( arang bersama dengan sedikit biji harad, amla, bahera, kulit babul atau natron) selama 24 jam.
Selain daripada rasa masin, Kala Namak ini mengandungi jumlah sebatian sulfur yang memberikan rasa yang unik seperti umami(perasa) , sama seperti telur rebus. Ia juga mempunyai bau tersendiri dan rasa yang tersendiri tidak sama seperti garam bukit himalaya yang biasa.
Garam hitam India telah digunakan sejak zaman purba dan dikatakan telah dikenal pasti oleh Maharishi Charak, bapa ubat Ayurvedic sekitar 300 B.C.E. Terdapat tuntutan anekdot dari penyembuh Ayurvedic bahawa jenis garam hitam ini boleh terapeutik.
Sumber:
https://www.pureindianfoods.com/black-salt-kala-namak-p/blksalt.htm
Everything You Need to Know About Black Salt and Why It’s a Must-Have in the Kitchen