PELANGGAN KREATIF
9 Cara Berkesan Petua Hilangkan Gegata Pada Badan
Sudah lama kita ketahui bahawa sayur-sayuran ni banyak khasiatnya dari segi kandungan nutrisi seperti vitamin, mineral, lemak, protein dan karbohidrat. Menurut penyelidik sebahagian daripada sayur-sayuran dan buah-buahan ini mengandungi komponen yang boleh membantu menangani masalah kesihatan serta menyediakan hidup yang lebih sihat.
Tetapi, adakah anda tahu betapa bahayanya semburan racun perosak dan kulat yang ada pada tanaman seperti sayur-sayuran atau buah-buahan? Bagaimana cara anda membersihkan sayur dan buah selama ini? Anda boleh termakan racun,ulat kecil, serangga dan parasit jika sayur atau buah anda tidak dibersihkan dengan betul.
Mari kami kongsikan TIPS MENCUCI SAYUR DAN BUAH DENGAN BETUL.
- BILAS
- Cuci tangan anda sekurang-kurangnya 20 saat
- Cuci dahulu sayur atau buah yang mempunyai kulit
- Buang label pelekat, kotoran atau busuk pada makanan
- Bilas menggunakan air yang bersih sambil sental. Tujuan menyental adalah untuk menyingkirkan mikrob dan organisma kecil yang terdapat pada makanan
- Sesuai untuk: Epal, pear, kobis, lobak merah dan sebagainya
- RENDAM
- Penuhkan besen,sink atau mangkuk besar dengan air
- Rendamkan sayur atau buah dan buat gerakan pusaran untuk membilas makanan itu.
- Rendamkan selama 2-3 minit
- Sesuai untuk: Sawi, kangkung, anggur, oren dan sebagainya
- RENDAM DALAM LARUTAN AIR GARAM BUKIT HIMALAYA
- Campurkan 1-2 sudu garam ke dalam besen berisi air
- Rendamkan sayur atau buah anda selama 5 minit
- Bilas kemudian syuar atau buah itu boleh digunakan atau di simpan
- Sesuai untuk: Brokoli, bunga kobis, anggur, oren dan sebagainya.
Kebaikan mencuci sayur dan buah menggunakan garam bukit himalaya
- Membersihkan kotoran yang melekat
- Mematikan ulat atau kutu sayur
- membersihkan bahan kimia yang terdapat pada makanan
- Mencegah pengoksidaan
- Sayur dan buah tahan lebih lama
- Boleh di simpan semula selepas dibersihkan