Terbaik untuk pigmentasi. Minyak Frankincense ialah satu lagi multitasker, berfungsi dengan keajaiban untuk membaik pulih pigmentasi. Ia juga boleh membantu dengan menghilangkan parut dan melegakan sunburn.
Terbaik untuk kulit sensetif serta berfungsi dalam mengawal tahap tekanan anda. Di dunia penjagaan kulit, ianya sangat baik untuk menenangkan kulit sensitif kerana sifat anti-radangnya. Ia juga baik untuk melambatkan penuaan kulit dan kulit yang berjerawat.
Ylang-ylang membantu mengurangkan garis-garis halus dan kedutan dengan meningkatkan keanjalan kulit, Selain itu, ia juga mampu meningkatkan aliran darah, melegakan keradangan,
mengatur degupan jantung dan membaiki mood seseorang dengan aromanya.
Penggunaan minyak generium terlibat dalam mengawal emosi. Penyokong aromaterapi mencadangkan bahawa minyak penting boleh menjejaskan faktor biologi, termasuk denyut jantung, tahap tekanan, tekanan darah, pernafasan, dan fungsi imun. Minyak pati geranium biasanya digunakan untuk merawat jerawat, tekanan, kebimbangan, kemurungan dan insomia. Aromanya mampu menenangkan fikiran dan melegakan pernafasan seiring dengan faktor biologi, termasuk denyut jantung, tahap tekanan, tekanan darah dan fungsi imun tubuh badan.
Sumber:
https://draxe.com/ylang-ylang/
https://www.verywellhealth.com/the-benefits-of-geranium-essential-oil-88779
https://bukanaku.com/kesihatan/7537/10-essential-oil-terbaik-untuk-kulit/