Cara penyediaannya mudah sekali, anda hanya perlu campurkan sedikit garam bukit dan juga facial oil ataupun minyak almond. Pengunaan bahan-bahan termasuklah garam tadi adalah sangat berguna untuk menanggalkan sel-sel kulit mati dari khasiat garam. Bukan itu saja, penggunaan garam ini juga turut mengurangkan kesan kedutan yang ada pada wajah anda.
Campuran minyak almond, facial oil dan juga garam bukit sehingga sebati kemudian barulah disapukan ke seluruh wajah dan disertakan dengan urutan perlahan-lahan ke wajah anda. Biarkan sebentar selama 15 minit selepas itu barulah boleh dibasuh dengan mengunakan air bersih.
Semua wanita di luar sana ingin bebas dari dilanda masalah jerawat bukan? Usah risau lagi, kini anda hanya perlu megunakan garam yang tidak poernah terlintas di fikiran anda selama ini. Tahukah anda, khasiat garam juga mempunyai kesan anti bakteria terhadap kulit. Disebakan itu juga, garam boleh membantu menghilangkan jerawat pada wajah.
Hanya perlu larutkan garam bukit dengan mengunakan air suam. Sebaik saja garam itu larut, anda boleh sapukan air garam tadi dengan mengunakan kapas bersih ke kawasaan wajah anda yang berjerawat. Biarkan seketika selama 2 minit kemudian barulah cuci sehingga bersih/ Pengunaan garam juga boleh mengurangkan radangan pada bahagian wajah yang berjerawat.
Masalah faktor cuaca juga menjadi punca utama bibir menjadi kering dan mengelupas akibat cuaca terlalu panas. Usan risau, anda boleh saja merawat masalah tersebut dengan menguakan garam yang digabungkan dengan vaselin. Sangat mudahcaranya, selepas camourkan kedua-dua bahan tadi, anda boleh terus campurkan ke bahagian bibir yang kering dan sertakan urutan perlahan selepas itu bersihkan dengan tuala yang sedikit lembab.
Bagi mendapatkan toner yang bersesuaian dengan kulit wajah adalah sangat sukar sama sekali. Namun permasalahan anda sudah dapat diselesaikan dengan hanya mengunakan garam bukit serta sedikit air suma yang ke dalam botol spray kemudian goncangkan supaya kandungan garam tadi menjadi sebati. Kemudian sejukkan botol tadi ke dalam peti sejuk selama 10 minit. Ambil kapas da anda boleh gunakan toner buatan sendiri sebagai bahan penyegar wajah anda. Khasiat air garam juga sangat bermanfaat untuk menutrisikan kulit wajah anda.
Bagi yang mengalami masalah muka berminyak, anda juga boleh mengunakan garam sebagai jalan penyelesaiannya. Hanya perlukan satu sudu makan garam bukit dan juga teh ke dalam botol semburan yang bersaiz kecil. Anda hanya perlus semburkan pada kulit wajah kemudian keringkannya. Hanya perlu menepuk-nepukan dengan mengunakan tuala yang lembut dan bersih.
Penyediaan yang mudah dan cepat. Hanya mengunakan garam saja anda sudah boleh mendapatkan kulit wajah yang cantik serta bersih. Lakukan secara rutin bagi mendapatkan kesan yang memuaskan hati. Selamat mencuba.
psttt, DIY SCRUB GARAM BUKIT. Boleh menggunakan apa-apa sahaja essential oil yang anda gemari!
Sumber: https://bukanaku.com/komuniti/13833/khasiat-garam-untuk-kecantikan/#.XON7Li2B3q0