PUNCA JERAWAT BADAN DAN CARA ATASI DAN MERAWAT
KHASIAT DAN KELEBIHAN GARAM BUKIT RUQYAH
Garam secara umumnya merujuk kepada natrium klorida. Badan kita memerlukan ion natrium dalam kuantiti sederhana. Selain itu, kita juga mendapat ion natrium dari makanan yang mengandungi monosodium glutamate (MSG) secara semulajadi contohnya kentang, tomato dan cendawan.
Natrium klorida berwarna putih, rasa masin dan boleh dihasilkan dari tindakbalas antara asid hidroklorik dan natrium hidroksida.
Di dalam istilah kimia, garam merujuk sebatian kimia tak organik yang terdiri dari unsur logam dan bukan logam yang diikat dengan ikatan ionik. Contohnya natrium klorida. Natrium adalah unsur logam manakala klorin adalah unsur bukan logam. Ikatan ionik sangat kuat dan hanya proses elektrolisis boleh memisahkan sebatian garam kepada unsurnya. Jadi, jangan bimbang. Tiada masalah jika anda ingin memasukkan garam sebelum, semasa atau seleps masak. Khasiat garam tidak hilang atau membahayakan jika anda menambah garam semasa memasak. Saya pernah jelaskan di sini.
Apakah perbezaaan di antara garam laut, garam halus, garam Himalaya dan garam buluh?
Garam secara umum mengandungi natrium klorida. Namun, sumber garam berbeza mengandungi garam lain atau bahan lain yang menjadikannya berwarna selain putih.
Contohnya, garam halus dan garam laut berwarna putih. Selain natrium klorida, ia boleh mengandungi bahan lain seperti potassium, ferum (besi) dan zink. Garam laut berisiko dicemari plumbum dan merkuri. Oleh kerana garam plumbum dan merkuri berwarna putih, jadi ia kekal berwarna putih. Oleh itu, sila semak ketulenan garam yang anda beli. Pastikan ia mengandungi ketulenan yang tinggi.
Selain itu, garam juga diperkaya dengan garam iodine. Garam iodine berwarna putih. Iodine penting bagi mengelakkan penyakit hypothyroidism dan lain-lain.
Walaupun berwarna putih, garam halus dan garam kasar kelihatan berbeza. Ini kerana garam kasar berbentuk kristal, manakala garam halus mempunyai saiz partikel yang kecil.
Garam Himalaya berwarna merah jambu disebabkan oleh kehadiran garam ferum oksida. Selain ferum oksida, ia juga mengandungi kalsium, ferum, potassium dan magnesium. Ferum adalah logam peralihan. Apabila logam peralihan membentuk garam ia akan berwarna. Warna logam peralihan yang sama boleh berbeza warna apabila membentuk garam mengikut kepada nombor pengoksidaan logam apabila membentuk garam. Garam Himalaya juga terdapat iodin
Contohnya ferum (II) klorida berwarna hijau manakala ferum (III) klorida berwarna perang. Ferum (II) klorida mempunyai nombor pengoksidaan 2+ manakala ferum (III) klorida mempunyai nombor pengoksidaan 3+.
Secara umumnya, bahan lain, kehadiran mineral lain dan tekstur garam mempengaruhi rasa masin dan rupanya. Tetapi ia masih sebahagian besarnya natrium klorida melebihi 95%. Garam Koscher misalannya, mempunyai bentuk partikel seperti serpihan, menjadikan rasanya lebih masin dari garam biasa. Garam halus terasa lebih masin berbanding garam kasar kerana saiz hablurnya yang lebih kecil. Selain itu, sumber garam juga menyumbang kepada lain-lain rasa seperti bau laut, smoky, tanah dan lain-lain.
Jadi, makanlah mana-mana garam. Ia berkhasiat kerana membekalkan garam natrium dan juga iodin yang diperlukan tubuh. Namun, pengambilan berlebihan boleh meningkatkan risiko penyakit seperti darah tinggi. Tiada satu garam lebih menyihatkan dari yang lain kerana kandungan utamanya adalah sama dan hanya sedikit variasi dari segi kandungan mineral lain.
Tahukah anda?
Batu-batu permata seperti zamrud, delima, nilam dan berlian berwarna berbeza kerana ia mengandungi sebatian kimia tak organik yang terdiri dari unsur logam peralihan dan unsur bukan logam. Ia berwarna lutsinar dan berkilat kerana proses penghabluran pada suhu dan tekanan tinggi.
Rujukan
Drake, S. L. & Drake, M. A. (2010). Comparison of Salty Taste and Time Intensity of Sea and Land Salts from around the World. J of Sensory Stud., 26(1), 25-34.
In Min Hwang, Ji-Su Yang, Sung Hyun Kim, Nargis Jamila, Naeem Khan, Kyong Su Kim & Hye-Young Seo (2016): Elemental Analysis of Sea, Rock, and Bamboo Salt by Inductively Coupled Plasma – Optical Emission and Mass Spectrometry, Analytical Letters, DOI: 10.1080/00032719.2016.1158831
kredit: https://www.drcheputeh.com/amp/siri-46-garam-laut-garam-bukit-atau-garam-himalaya