Punca Kulit Muka Kering dan Kusam dan Cara Atasi
Promosi Garam Jilatan Haiwan Ternakan
Menu apa yang selalu ada telur rebus? Haaa kalau Admin, biasa masak nasi lemak memang guna telur banyak sebab kami suka makan terlu rebus! Tapi bila dah masak tu, nak kupas alahai, kadang-kadang naik geram juga tak jadi licin, halus mulus isinya selepas dikupas. Bukan apa, taknak membazir satu hal.
Jom cuba petua rebus telur ini supaya telur mudah untuk dikupas. Permukaan telur juga cantik sempurna tanpa cacat cela.
Kalau telur rebus cantik macam ni baru puas hati kan? Telur juga cantik terhidang di atas meja. Lihat tips di bawah untuk yang masih belum berjaya dapatkan telur rebus yang cantik.
Petua Rebus Telur Supaya Mudah Untuk Dikupas & Cantik
Cara-cara:
1. Basuh telur dengan bersih dan masukkan ke dalam periuk. Tambahkan juga air. Tak perlu air mendidih baru masukkan telur.
2. Masukkan 1 sudu garam dan 1 sudu minyak masak.
3. Rebus lebih kurang dalam 10 hingga 15 minit sehingga air menggelegak.
4. Kemudian rendam dalam air biasa sekejap untuk hilangkan panas dan boleh terus dikupas.
Kredit:
Petua Rebus Telur Supaya Mudah Untuk Dikupas & Cantik Tanpa Cacat Cela