12 Cara Elakkan Makanan Cepat Basi

bahan detoks semulajadi
Cara Detox Badan dan Resepi Air Detox
sesi percuma terapi holistik garam ruqyah
Kelas Sesi Terapi Holistik PERCUMA 10/4/2021
bahan detoks semulajadi
Cara Detox Badan dan Resepi Air Detox
sesi percuma terapi holistik garam ruqyah
Kelas Sesi Terapi Holistik PERCUMA 10/4/2021
Show all

12 Cara Elakkan Makanan Cepat Basi

#TipMakananLambatBasi
#TipMemasak

1. Elak Guna Timun atau Tomato.
Elak menggunakan sayur yang cepat berair seperti timun dan tomato. Anda perasan tak kenapa sesetengah peniaga sekarang membuang biji tomata yang lembik-lembik tu? Ia bagi mengelakkan makanan cepat berair dan basi.

2. Masak sehingga mendidih atau dalam tempoh yang lama.
Masukkan bahan yang lembut dan empuk ketika memasak.

3. Apabila masakan siap dimasak, angkat dan jauhkan daripada bahang api.

4. Jangan biarkan hidangan tersimpan dalam periuk atau kuali.

5.Guna senduk yang kering ketika menceduk makanan.

6. Jangan guna sudu basah atau tangan.
Masakan tidak boleh terkena tangan atau air mentah untuk mengelakkan pencemaran.

7. Jangan masukkan makan yang sudah disenduk ke dalam periuk semula.

8.Sebelum dimasukkan ke dalam bekas makanan ditutup, pastikan ia benar-benar sejuk

9. Guna Asam Keping
Kebiasaannya, makanan yang mengandungi santan mudah basi. Bagi mengelakkan masakan berkuah basi, masukkan 1 atau 2 asam keping ke dalam maskan apabila hampir selesai.

9. Perah Limau.
Sebelum nasi dimasak, perahkan setengah biji limau nipis kedalam 2-3 pot beras yang telah disukat dengan air. Jangan risau, rasa nasi tidak akan berubah meskipun ditambah dengan perahan ini. Malah ia menjadikan nasi lebih harum dan tahan lama.

10. Hilangkan wap nasi selepas di masak.
Jangan lupa buka penutupnya sebaik saja butang ‘cook’ berubah kepada ‘warm’. Kais-kaiskan sedikit nasi supaya masak rata dan biarkan wap yang terkumpul keluar daripada periuk. Ini menjadikan nasi tidak terlalu lembab. Sebelum menutup nasi tadi, lapkan penutupnya dengan kain bersih. Ini akan menjadikan nasi tahan lama, bertekstur lembut dan berderai elok. Seperkara lagi pastikan anda mencabut plug ‘rice cooker’ sekiranya nasi tidak akan dimakan dalam masa terdekat.

11. Guna Garam.
Masukkan secubit garam. ini menjadikan nasi tahan lama, sedap dan kenyal

12. Pastikan Garing dan Pecah Minyak
Semasa menumis, PASTIKAN bahan-bahan dah betul-betul garing dan pecah minyak. Pecah minyak ni tandanya warna tumisan menjadi sedikit gelap atau minyak tumisan akan terpercik sedikit daripada kuali. Selepas ada tanda mcm ni, barulah masukkan ayam atau daging. Ia akan menjadikan rendang tahan lama dan lebih sedap.

Kredit artikel: Blog Knowit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *