4 Cara Elak Buah Epal Lebam dan Sentiasa Segar

garam bukit seri aishah himalaya natural pink merah putih kristal hitam hunza kasar halus masak masakan mandi mandian rendam rendaman kaki spa oem borong aroma lampu bantal scrub kulit kepala rawatan islam minum air muka kusam ruqyah khasiat sihat khasiat kebaikan kala namak spray mineral beriodin iodin non-iodin energy water himalayan salt agent seasoning distributor halagel faiza CED saji Epsom
Khasiat Garam Hunza
4 Cara merawat masalah rambut gugur, kelemumur, kering

Show all

4 Cara Elak Buah Epal Lebam dan Sentiasa Segar

Perasan tak bila kita potong buah epal, pear, dan seumpamanya tak sampai sejam dah nampak lebam? Nak hidang makan, nak simpan pun ragu-ragu elok ke tak nanti? Rasanya berubah ke tak? Jadinya dekat sinilah kita nak kongsikan macam mana anda nak kekalkan kesegaran buah kegemaran anda rangup dan tahan lama. Tips ini boleh di guna pakai untuk buah-buahan yang bersesuaian.

Buah Epal Berubah Warna?

Sebuah keajaiban alam yang menarik untuk dikongsikan kepada pembaca. Perubahan warna seolah lebam pada buah ini adalah disebabkan mekanisme pertahanan semulajadi terhadap bakteria dan kulat. Ini berpunca daripada tindak balas enzim terhadap oksigen sekaligus menghasilkan lapisan teroksida bagi melindungi epal daripada bendasing.

Tahukah anda? Proses pengoksidaan ini boleh diuruskan dengan baik melalui beberapa kaedah organik. Cara elakkan epal lebam:

Air Garam Bukit

Ini adalah petua popular dalam kalangan masyarakat dunia sejak zaman berzaman. Bahkan dunia Eropah mengamalkannya sejak ribuan tahun, bukan sekadar mengekalkan kesegaran buah-buahan semata-mata. Bahkan, mereka turut menggunakannya untuk daging, makanan laut dan susu!

Hal ini kerana larutan garam membantu mengurangkan kadar penyerapan air di atas permukaan epal melalui proses osmosis. Secara tidak langsung, ia menjadikan penghasilan lapisan teroksida lebih perlahan.

Penerangan yang panjang dengan cara yang mudah, cuma sediakan air bersih, 1 sudu teh garam bukit dan rendam hirisan-hirisan epal untuk 5-10 minit. Tapi jangan terlebih garam ye, nanti epal menjadi masin! Kemudian anda akan lihat epal tidak lagi lebam dan kesegarannya tahan berjam-jam lamanya.

Madu

Di antara bahan lain yang digunakan untuk memelihara kesegaran epal adalah madu. Ini juga termasuk kaedah yang masyhur tapi sedikit kayangan kerana garam lebih mudah didapati berbanding madu pada zaman dahulu. Berbeza halnya pada hari ini, semuanya di hujung jari.

Kandungan antioksida yang tinggi cekap membantu melambatkan proses pengoksidaan. Inilah rahsia kenapa madu sangat bernilai dalam sejarah ketamadunan manusia, kandungan antioksida yang tinggi.

3 langkah ringkas penyediaan madu untuk epal. Campurkan 2 sudu madu dengan segelas air biasa. Kemudian, rendamkan potongan epal selama beberapa minit.

Jus Lemon (perahan air lemon)

Bagi sesetengah negara sejuk, sitrus seperti lemon lebih mudah didapati berbanding madu. Bak kata orang tua-tua kita, sejauh mana wujud dengan sifat, sama jauh lutut dengan pelipat. Setiap tempat ada bahannya masing-masing untuk masalah yang sama. Menarik kan?

Sitrus sering dikaitkan dengan vitamin C. Ramai tidak mengetahui, sitrus juga kaya dengan antioksida dan antibakteria yang bersifat asid. Sebab itulah pedih bila diperah limau pada luka di tangan! Dengan cara yang betul, ia sebernya mujarab merawat luka.

Penyediaan jus lemon tidak kurang bezanya dengan bahan yang lain. Perah lemon ke dalam segelas cawan dan rendamkan epal.

Lapisan Sitrus dan Air Garam pada Pisau

Di sini kami kongsikan rahsia dan tips tanpa memerlukan segelas air. Petua orang tua-tua. Seringkali kita dengar amalan melimau keris kan? Katanya untuk menghalang karat pada besi. Hal ini kerana sitrus kaya dengan antioksida. Jadi, apa kena mengena besi dan buah epal? Jawapannya ada pada sebiji limau nipis. Antioksida.

Lapisan lebam pada epal terhasil daripada mekanisme pengoksidaan semulajadi, sama halnya dengan karat pada besi, pengoksidaan. Justeru, dengan menyapukan perahan limau pada pisau, secara langsung membantu melengserkan limau pada permukaan epal. Ringkas dan mudah. Hal ini dapat juga dilakukan dengan membasuh pisau dengan air garam yang pekat.

Petua ini tidak digalakkan kerana tindak balas sitrus (atau garam) dan besi KECUALI anda menggunakan pisau yang bersifat stainless steel.

Kesimpulannya

Untuk mengekalkan kesegaran epal tak mudah lebam, pembaca boleh menggunakan petua-petua yang kita kongsikan. Mengikut pengalaman admin, admin lebih gemar rendam buah dengan air garam bukit tahan lama. Selamat mencuba!

Gunakan Garam Himalaya Seri Aishah semuanya menjadi!

garam bukit seri aishah himalaya natural pink merah putih kristal hitam hunza kasar halus masak masakan mandi mandian rendam rendaman kaki spa oem borong aroma lampu bantal scrub kulit kepala rawatan islam minum air muka kusam ruqyah khasiat sihat khasiat kebaikan kala namak spray mineral beriodin iodin non-iodin energy water himalayan salt agent seasoning distributor halagel faiza CED saji Epsom

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *