Ia mungkin agak jarang tetapi bisul adalah salah satu keadaan kulit yang paling tidak digemari. Masalahnya, macam mana nak rawat bisul kan?
Mungkin ada yang percaya bisul ini perlu ditekan atau diperah supaya nanah keluar, tetapi ini bukan cara yang betul selain daripada mengambil antibiotik.
Apa yang menjadi tanda tanya di sini ialah mengapa kita perlu mengambil antibiotik sebagai cara merawat bisul? Jom teruskan membaca artikel ini untuk mengetahuinya.
Bisul, bila dan mengapa ia muncul pada kulit?
Untuk pengetahuan anda semua, bisul adalah sejenis ketulan bernanah yang keras, besar dan menyakitkan apabila disentuh serta boleh timbul di bawah kulit.
Ia biasanya akan muncul apabila terdapat jangkitan yang disebabkan oleh bakteria pada rambut atau folikel bulu yang terdapat di kawasan sekitar kulit dan perlu dirawat segera.
Bakteria yang dipercayai menjadi punca ialah Staphylococcus aureus (staph) yang juga menjadi punca pelbagai jenis jangkitan kulit yang lain.
Jika ia terlalu keras, besar dan menyakitkan untuk disentuh, maka pesakit mungkin perlu menjalani pembedahan kecil untuk mengeluarkannya dari kulit.
cara merawat bisul
Tetapi sebelum ia menjadi lebih teruk, antibiotik mungkin merupakan penyelesaian yang lebih baik!
selain itu, boleh dirawat secara tradisional.
Apakah pula cara rawat bisul tradisional?
Selain pengambilan antibiotik atau pembedahan minor, wujud juga beberapa cara merawat bisul yang lain dan mungkin boleh dilakukan hanya dari rumah sendiri.
Cara rawat bisul
#1. Air panas
Tuaman air panas pada bisul mungkin dapat melegakan rasa sakit serta membantu mencungkil nanah keluar dari permukaan kulit yang terkesan akibatnya.
#2. Minyak pokok teh
Ekstrak daripada minyak pohon teh memiliki sifat antibakteria dan antiseptik sekali gus menjadikan ia mampu bantu merawat jangkitan bakteria punca bisul.
#3. Serbuk kunyit
Serbuk kunyit pula memiliki sifat antiradang yang mungkin dapat membantu dalam usaha menyembuhkan serta menghilangkan bisul dengan tempoh lebih cepat
#4. Bawang putih
Dipercayai mampu membantu melawan jangkitan pada kulit yang disebabkan oleh virus, kulat atau bakteria, menjadikan ia sebagai alternatif yang mungkin efektif.
#5. Garam bukit
Ia dipercayai mampu bantu merawat kondisi kulit ini ekoran kemampuannya untuk mengeluarkan nanah serta mengeringkan bisul lantas merawatnya.
Masukkan satu sudu teh garam bukit ke dalam air suam. Tuam kain yang direndam ke dalam air suam bergaram tersebut ke kawasan dijangkiti lebih kurang 30 minit, setiap beberapa jam. Ini akan membantu memecahkan bisul dan mengalirkan nanah keluar lebih cepat.

Garam Bukit Himalaya Seri Aishah