Promosi Garam Jilatan Haiwan Ternakan
Kepentingan Garam dalam Tubuh Badan
Wah, rupanya ada cara yang lagi jimat untuk buat sabun basuh pinggan ni sendiri. Guna garam je!
Begitulah yang dikongsikan oleh Puan Khalijah Ishak menerusi Facebook Masak Apa Hari Ni (MAHN).
Katanya daripada 1L tu, bancuh dengan air dan garam boleh dapat 5L lagi! Dan tetap boleh guna untuk basuh pinggan dengan berkesan.
Jom tengok cara yang beliau kongsikan ini selengkapnya.
CARA BUAT SABUN BASUH PINGGAN DIY. LEBIH JIMAT, DAPAT BANYAK!
Nak ucap terima kasih banyak-banyak dekat sis yang kongsi tips buat sabun basuh pinggan hari tu.
Dahlah baik sudi pulak share ilmu. Saya pun dah cuba.
Memang berbaloi sebab dahlah beli sabun Sunlight ni masa tengah offer. Bila buat macam ni dapat pulak lagi 5liter.
Ini cara buatnya.
Bahan-bahan
- Sunlight lime hijau pekat 1L
- 5L air
- Secawan garam halus
Cara
Sunlight lime hijau pekat 1000ml campur 5liter air dan secawan garam halus
Bancuhkan dan akan dapat warna hijau muda macam ni.
Buih tu punya banyak ibarat buih di lautan.
DARI 1L DAPAT LAGI 5L. SERIUS JIMAT!
Mudah kan?
Yang penting dapat jimat banyak. Cubalah buat kalau tak percaya.
Hari yang sendu terus terasa ceria.
Cuma bermodalkan garam halus saja. Memang menarik.
Selamat mencuba!
*Kredit: Facebook Khalijah Ishak
Tips Jimat Sabun Pencuci Pinggan Guna Garam, Dari 1L Jadi 5L