Sudah menjadi adat Melayu, buah tangan atau doorgift diberikan kepada tetamu majlis sewaktu majlis perkahwinan, majlis aqiqah, majlis hari jadi dan seumpamanya sebagai tanda terima kasih atas kehadiran mereka.
Selalunya, buah tangan diberikan dalam bentuk makanan seperti kek, telur, kerepek atau hiasan dan barang lain seperti sapu tangan dan sudu garfu.
Tapi beberapa tahun ini, viral di media sosial ‘trend’ doorgift diberi dalam bentuk barang keperluan asas seperti mi, roti, garam, kicap dan sos. Packaging pun nampak exclusive tau, bukan biasa-biasa.
Persoalannya, sesuai ke garam dijadikan idea doorgift kahwin exclusive untuk majlis nanti?
Haa, kalau nak tahu.. garam merupakan 1 keperluan asas manusia. Kenapa pula tidak untuk dijadikan doorgift?
Doorgift Garam SERI AISHAH merupakan idea doorgift kahwin exclusive yang sesuai diberikan kepada tetamu majlis.
Selalu sangat orang pilih makanan. Tapi kenduri kita nak nampak lain dari yang lain. Kalau boleh, nak cari doorgift yang orang boleh hargai dan guna.
Ada doorgift yang mungkin berguna untuk golongan ibu, misalnya senduk tapi golongan ayah pula yang tak minat. Kalau beri jajan, anak-anak suka tapi macam tak sesuai pula untuk golongan dewasa terutamanya warga emas.
Sebolehnya, nak elakkan beri barang yang hanya sekadar hiasan sebab tak semestinya orang suka. Kalau beri barang hiasan ni, lama-lama orang akan buang juga. Maklumlah, sebagai kakak pengantin yang nak sponsor doorgift, mestilah nak cari yang sesuai untuk semua orang!
Kalau makanan biasanya cepat basi dan ada tarikh luput. Baru berapa hari pun dah boleh berkulat, ataupun lemau.
Pernah ada kes tetamu dapat kek coklat yang berkulat. Mungkin bungkusan doorgift dah terkena air tapi siapa je yang perasan bila tengah sibuk menguruskan majlis. Sebagai ibu pengantin, dah tentunya sibuk. Mana sempat nak tengok doorgift dah.
Kalau ada idea doorgift kahwin exclusive yang tahan lama dan tak basi kan seronok! Tuan rumah pun tak perlu bimbang tetamu dapat makanan rosak.
Biasanya kalau barang premium je kos mesti boleh capai RM10 ke atas setiap goodies. Sebagai pengantin, kalau boleh memang nak kurangkan kos.
Maklumlah, duit dah banyak spend untuk keperluan lain seperti dulang hantaran, pelamin, katering dan macam-macam lagilah. Maklumlah, kahwin ni sekali je seumur hidup kan. Mestilah kita nak yang terbaik dalam semua perkara, betul tak?
Kan best kalau ada doorgift yang nampak mahal tapi harganya masih berbaloi dan sesuai dengan bajet yang ada. Pengantin tak sakit kepala, tetamu pun teringat-ingat doorgift majlis kita.
Majlis dah nak dekat? Jom tempah doorgift garam SERI AISHAH untuk tetamu!
5 sebab doorgift garam SERI AISHAH merupakan jawapan terbaik kepada idea doorgift kahwin exclusive:
Nak tahu tak kenapa doorgift garam SERI AISHAH sesuai dijadikan idea doorgift kahwin exclusive majlis anda?
Haa..kalau nak tahu, garam SERI AISHAH merupakan garam sihat yang sesuai untuk penjagaan kesihatan bagi semua peringkat umur. Kegunaannya pun pelbagai.
Selain itu, doorgift garam SERI AISHAH diletakkan dalam packaging cantik yang mudah dibawa. Haa..mudahlah tetamu nak selfie sambil pegang doorgift kita. Dah balik rumah, nak simpan pun mudah. Tak perlu salin ke bekas lain dah.
Yang paling istimewanya, pelbagai pilihan packaging doorgift disediakan. Dapatkan juga percuma “sticker” bagi jumlah tempahan tertentu. Anda sediakan sahaja design “sticker” yang dimahukan. Anda juga boleh cadang packaging sendiri dan SERI AISHAH akan bantu.