Garam bahaya untuk kucing?

6 Tanda toksin banyak dalam badan, Cara buang toksin
5 Tanda Badan Ada Masalah Pencernaan
6 Tanda toksin banyak dalam badan, Cara buang toksin
5 Tanda Badan Ada Masalah Pencernaan

“Garam Akan Mengakibatkan Haiwan Anda Keguguran Bulu”
“Garam Akan Menyebabkan Haiwan Anda Dehidrasi”
“Garam Berbahaya – Ia Meningkatkan Risiko Haiwan Anda Untuk Mendapat Strok Dan Penyakit Jantung!”

Masalah-masalah di atas hanya akan berlaku sekiranya pengambilan garam dalam makanan haiwan diambil secara berlebihan. Bahkan sebarang mineral dan nutrien perlu diambil secara sederhana dan pada jumlah yang seimbang. Lebihan atau kekurangan mana-mana mineral boleh menyebabkan masalah kesihatan pada haiwan peliharaan. Oleh itu, adakah garam baik untuk haiwan kesayangan anda? Jawapannya – YA! Ia adalah salah satu mineral paling penting yang diperlukan oleh kucing anda untuk mengekalkan kesihatan dan metabolisme yang baik. Teruskan membaca untuk mengetahui betapa bermanfaatnya mineral yang sering disalahfahamkan ini dalam diet haiwan kesayangan anda.

Perkara asas mengenai garam

Garam diperbuat dari 39.34% natrium dan 60.66% klorida. Ini merupakan dua mineral penting untuk anjing dan kucing dan ia memainkan peranan yang besar dalam keseimbangan cecair badan, menghalang lebihan cecair badan dan dehidrasi, mencegah pengumpulan cecair yang berlebihan (seperti edema dan asites), dan mengawal keseimbangan asid alkali badan.

Selain daripada manfaat diet, secara umumnya garam terkenal kerana ia meningkatkan perasa makanan, tak kurang juga pada makanan haiwan! Ia adalah penambah rasa asli dengan kemampuannya untuk mengurangkan kepahitan dan meningkatkan umami yang sesuai dalam hidangan berperisa, sekali gus meningkatkan kesedapan. Garam juga memastikan haiwan kesayangan anda dapat menikmati makanan mereka untuk tempoh yang lebih lama. Ia mengekalkan kesegaran makanan haiwan peliharaan untuk jangka masa yang panjang kerana garam dikenali dalam menghalang pertumbuhan kulat dan bakteria berbahaya dengan menyerap lembapan.

Seringkali, natrium wujud secara semula jadi dalam bentuk natrium klorida (yang digunakan untuk memasak dan dihidangkan semasa makan). Anda mungkin pernah menemui jenis garam mineral lain seperti natrium fosfat, natrium karbonat, natrium bikarbonat dan natrium tripolifosfat, tetapi jangan merumitkan diri kita. Kami hanya akan fokus kepada klorida kerana kebiasaannya ia terhad dalam kebanyakan makanan termasuk makanan haiwan peliharaan. Oleh itu, dalam konteks semasa kita, kita akan memberi tumpuan kepada natrium dan klorida.

Ketahui Nisbah

Dengan kelebihan ketara oleh kedua-dua mineral tersebut untuk mengekalkan kesihatan haiwan kesayangan yang baik, Persatuan Pegawai Kawalan Makanan Amerika (AAFCO) dan Persekutuan Industri Makanan Haiwan Kesayangan Eropah (FEDIAF) telah mengesyorkan tahap minimum kandungan natrium dan klorida dalam makanan haiwan peliharaan komersial mengikut peringkat kehidupan mereka untuk memastikan haiwan peliharaan anda mendapat jumlah mineral yang mencukupi.

Keperluan Natrium Keperluan Klorida
Spesis Pertumbuhan  & Pembiakan Dewasa Maksimum Pertumbuhan & Pembiakan Dewasa Maksimum
Kucing 0.20% min 0.20% min NR 0.30% min 0.30% min NR
Anjing 0.08% min 0.30 % min NR 0.12% min 0.45% min NR

Jadual 1: Keperluan Natrium Dan Klorida Yang Disyorkan Oleh AAFCO Pada 2016.

Oleh kerana garam wujud dalam bentuk natrium dan klorida, dos kemasukan standard garam dalam formula haiwan peliharaan adalah di-antara julat 0.25% hingga 0.50%. Daripada julat  ini, natrium dan klorida akan berada dalam kandungan yang mencukupi untuk masing-masing.

Kemasukan Garam dalam Formula Binatang 0.25% 0.50%
Sumbangan natrium 0.10% 0.20%
Sumbangan klorida 0.15% 0.30%

Jadual 2: Sumbangan Natrium Dan Klorida Kepada Kemasukan Garam Standard Dalam Formula Haiwan Kesayangan.

Tidak Terlalu Sedikit, Tidak Terlalu Banyak

Masalah kesihatan akan berlaku apabila badan haiwan kesayangan anda kekurangan natrium dan klorida. Sebahagian daripada ia adalah termasuk kemerosotan sistem saraf, tekanan darah rendah, kegelisahan, peningkatan kadar jantung dan ketidakseimbangan asid-alkali Oleh itu ia adalah tindakan yang tidak bijak untuk mengurangkan pengambilan natrium melainkan doktor haiwan anda telah menasihati anda untuk berbuat demikian. Adalah lebih baik untuk berunding dengan doktor haiwan untuk mendapatkan pengambilan natrium yang disyorkan sekiranya haiwan kesayangan anda mempunyai penyakit seperti buah pinggang kronik, hati atau masalah jantung kongestif. Dalam kes ini, anda tidak seharusnya mengurangkan sepenuhnya kandungan natrium daripada diet haiwan kesayangan anda. Ia perlu diambil pada jumlah terkawal kerana sistem badan haiwan kesayangan anda mungkin mengalami kesukaran dalam mengawal mineral.

Natrium mungkin penting, tetapi ini tidak bermakna anda harus meningkatkannya dalam makanan haiwan kesayangan. Kami telah menghujahkan potensi bahaya di atas tentang apa akibat yang boleh berlaku dari pengambilan garam berlebihan kepada haiwan peliharaan anda. Ya, garam boleh  meningkatkan selera makan haiwan kesayangan anda kerana ia dikenali untuk meningkatkan kesedapan sehingga 0.50% dalam makanan haiwan. Walau bagaimanapun, sebarang kemasukan melebihi tahap ini tidak akan meningkatkan lagi kesedapan tetapi secara semula jadi membawa kepada penolakan makanan dan regurgitasi sebelum kemungkinan pengambilan kuantiti toksik sedemikian (tindak balas normal untuk melindungi haiwan peliharaan). Tidak dilupakan juga risiko kesihatan yang mungkin disebabkan oleh pengambilan garam yang berlebihan seperti peningkatan tekanan darah, menyebabkan penyakit buah pinggang dan mencetuskan tanda-tanda penyakit jantung.

Perkara yang Anda Perlu Tahu

Secara ringkasnya, garam tidak menjadi masalah dalam makanan haiwan peliharaan. Masalah utama adalah pada jumlah pengambilan, bukan kewujudan keseluruhan garam dalam makanan haiwan. Oleh itu, wajar untuk bertanya, “Berapa banyak garam yang perlu diambil oleh haiwan kesayangan saya?” dan bukan soalan yang sering diperkatakan, “Adakah garam baik untuk haiwan kesayangan saya?”. Ia kekal sebagai cara paling selamat dan paling kos efektif untuk menambah dua mineral makro penting – natrium dan klorida, dalam diet makanan haiwan kesayangan. Jika diambil pada jumlah yang betul mengikut keadaan kesihatan haiwan kesayangan anda, haiwan kesayangan anda akan berkembang maju dalam kesihatan yang baik. Ingatlah untuk sentiasa mendapatkan nasihat doktor haiwan untuk memastikan anda memberi makan haiwan kesayangan anda dengan betul.

Kami di Seri Aishah memahami keperluan garam untuk haiwan anda. Selain pemakanan daripada produk makanan kucing. Kucing juga perlukan garam bukit untuk bantu kuatkan imun dalam melawan virus dan penyakit.

Jika risau haiwan ada ambil terlebih garam melalui pemakanan, boleh cuba mandikan kucing anda dengan Mandian Garam Si Bulus ataupun Spray Anti-Fungal bagi membantu haiwan lebih sihat dan kita sebagai “majikan” lebih aman dan senang hati.

 

garam bukit seri aishah himalaya natural pink merah putih kristal hitam hunza kasar halus masak masakan mandi mandian rendam rendaman kaki spa oem borong aroma lampu bantal scrub kulit kepala rawatan islam minum air muka kusam ruqyah khasiat sihat khasiat kebaikan kala namak spray mineral beriodin iodin non-iodin energy water himalayan salt agent seasoning distributor halagel faiza CED saji Epsom

Garam Bukit Himalaya Seri Aishah

Garam Mandian Si Bulus 1.1KG

 

 

garam bukit seri aishah himalaya natural pink merah putih kristal hitam hunza kasar halus masak masakan mandi mandian rendam rendaman kucing kaki spa oem borong aroma lampu bantal scrub kulit kepala rawatan islam minum air muka kusam ruqyah khasiat sihat khasiat kebaikan kala namak spray mineral beriodin iodin non-iodin energy water himalayan salt agent seasoning distributor halagel faiza CED saji Epsom

Garam Bukit Himalayan Seri Aishah

Anti-Fungal Spray Si Bulus

 

RUJUKAN:  AAFCO  , Oyen Club , Prodiet,

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *