Punca dan cara atasi kejang otot kaki

Bagaimana Lampu Garam Bantu Elakkan Radiasi Elektromagnetik
Kaki kena kutu air? Cara Rawat dan Atasi Kutu Air
Bagaimana Lampu Garam Bantu Elakkan Radiasi Elektromagnetik
Kaki kena kutu air? Cara Rawat dan Atasi Kutu Air
Show all

Punca dan cara atasi kejang otot kaki

KEKEJANGAN otot kaki kerap terjadi dalam kalangan ibu hamil dan atlet. Pastinya ia terasa sangat menyakitkan bagi mereka yang pernah mengalaminya dan seboleh-bolehnya tidak mahu perkara itu berulang.

Sehubungan itu, pada kali ini Pengamal Perubatan Am, Dr. Zubaidi Ahmad akan menerangkan lebih lanjut mengenai kekejangan otot dalam tiga keadaan iaitu kekejangan otot kaki pada waktu malam, dalam kalangan atlet dan ibu hamil. Punca serta sebabnya hampir sama.

garam seri aishah himalaya sihat

1. Kekejangan otot kaki pada waktu malam

“Ia dikenali sebgai nocturnal leg cramps iaitu pengecutan otot secara tidak terkawal berlaku pada waktu malam dan selalunya ketika tidur, biasanya otot yang terlibat ialah otot betis.

“Kesakitan akibat kekejangan ini mampu mengejutkan seseorang yang sedang lena tidur. Ia berlangsung beberapa saat hingga beberapa minit.

“Terdapat beberapa punca kekejangan kaki pada waktu malam. Antaranya, dehidrasi, kekurangan unsur mineral seperti magnesium, potassium, kalsium dan sodium serta kurangnya pengaliran darah ke kaki akibat posisi kaki semasa tidur yang tidak baik.

Cara terbaik untuk mengurangkan kesakitan itu ialah dengan cara berdiri dan berjalan untuk merenggang otot kaki yang terlibat,” tulis beliau menerusi hantaran di laman Facebook miliknya.

2. Kekejangan otot kaki wanita hamil

“Kekejangan otot kaki bagi ibu hamil pula akan mula dirasai ketika trimester kedua kehamilan apabila rahim semakin membesar. Kaki yang penat membawa lebihan berat akan mudah untuk mendapat kekejangan.

“Tekanan rahim yang membesar pada saluran darah juga mengganggu perjalanan darah ke kaki di samping memberi tekanan pada saraf ke kaki. Bagi wanita yang hamil dinasihatkan agar tidak berdiri atau duduk sambil menyilang kaki terlalu lama.

“Lakukan regangan otot kaki pada waktu siang dan sebelum tidur dengan kerap. Gerakkan sendi pergelangan kaki dan sendi jari kaki ketika sedang duduk menonton televisyen, makan malam atau duduk berbual,” ulasnya lagi.

Beliau turut menyarankan agar ibu hamil cuba berjalan pada jarak yang dekat kecuali dinasihatkan untuk tidak berbuat demikian oleh doktor atau jururawat bidan. Jika kepenatan dan mahu berbaring, cuba berbaring ke sisi kanan untuk mengelakkan tekanan kuat rahim pada saluran darah dan saraf.

Pastikan cukup minum air. Jika kekejangan pernah berlaku dan bimbang ia berlaku semula, boleh mandi dengan air panas sebelum tidur atau meletakkan tuala panas pada kaki sebelum tidur, ia membantu otot kaki untuk rehat.

3. Kekejangan otot kaki atlet

“Selalunya kekejangan otot kaki dalam kalangan atlet disebabkan oleh regangan yang keterlaluan atau terseliuh. Apabila kita mengalami kecederaan akibat terseliuh atau regangan itu, otot akan cuba membaikinya dengan mengecut. Kecutan yang tidak terkawal akan menyebabkan kekejangan.

“Selain itu, perimbangan mineral dalam badan juga amat penting maka, bagi mereka yang mahu beriadah, janganlah minum terlalu sedikit atau terlalu banyak air kerana kerana kedua-duanya akan menyebabkan kekejangan.

“Apabila otot kita mengalami dehidrasi, otot akan mudah kekejangan akibat kepekatan mineral dalam badan yang tinggi. Jika kita minum terlalu banyak air pula, kepekatan mineral dalam badan mencair dan menyebabkan hiponatremia. Oleh itu, keseimbangan mineral dalam tubuh amat penting bagi seseorang atlet,” ujarnya.

Tambahnya, pengumpulan lactic acid yang terlalu banyak dalam otot juga menyebabkan kekejangan. Apabila seseorang itu melakukan riadah yang berpanjangan tanpa rehat, pembakaran glukosa tanpa oksigen menyebabkan tenaga dihasilkan bersama lactic acid. Otot akan berasa “terbakar” atau penat, seterusnya menyebabkan kekejangan otot.

 Cara mengurangkan kekejangan otot dalam kalangan atlet

Zubaidi turut berkongsi cara terbaik untuk melegakan kekejangan otot betis dalam kalangan atlet seperti melakukan regangan otot yang terlibat.

“Luruskan kaki dan bengkokkan jari kaki ke arah badan. Mulanya ia akan berasa sakit, namun akan memberi kelegaan kemudian.

“Selepas itu boleh mengurut perlahan-lahan menggunakan tapak tangan dan menyapukan minyak urut pada betis. Cuba berjalan-jalan dengan memijak hujung tapak kaki,” terangnya.

Jika kesakitan tidak berkurangan dan bahagian betis itu bertambah bengkak dan sakit apabila disentuh, segeralah berjumpa doktor kerana ia mungkin bukan kekejangan otot yang biasa, tetapi terjadi darah beku di dalam otot dan memerlukan rawatan yang agresif segera.

Antara cara lain untuk mengurangkan kekejangan ialah dengan minum air secukupnya, terutama apabila badan kita mengalami dehidrasi akibat beriadah. Bagi riadah yang kurang daripada satu jam, meminum air sudah cukup untuk mengelakkan kekejangan.

Cara lain ialah pastikan anda bersenam secara istiqamah dan konsisten. Dengan cara ini badan akan membina daya tahan terhadap kekejangan. Apabila otot dipaksa untuk melakukan suatu latihan riadah yang keterlaluan dan belum biasa dilakukan, ia akan menyebabkan kekejangan.

Ambil lebih banyak potassium untuk mengurangkan kemungkinan mendapat kekejangan. Antaranya dengan memakan pisang. Namun jika anda mempunyai masalah dengan keseimbangan potassium dalam badan, haruslah bertanyakan dengan doktor untuk hal ini.-RELEVAN

sumber : Relevan

cara buat garam detox kaki

Ramuan Pendetoks Garam Bukit Lada Hitam

Selain itu, garam bukit juga mempunyai magnesium dan pottasium yang membantu melancarkan beraliran darah serta membantu mengurangkan sakit kaki kekejangan otot.

Ramuan Pendetoks Garam Bukit Lada Hitam

Boleh tabur Ramuan pendetoks garam himalaya yang di formulakan dengan lada hitam sarawak dan aroma menyegarkan. Caranya amat mudah. Hanya tabur dan pijak selama 30 minit. Selepas beberapa lama, akan rasa kaki lebih ringan dan kurang sakit.

Tak sempat buat, sibuk sangan dengan ruti harian? Ambil segenggam Ramuan pendetoks ini, masukkan dalam stokin dan pakai stokin tersebut.

Feedback kita dapat dr Puan Wati, memang berkesan dan kurang sakit kakinya.

 

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *