Bibir merekah, lidah kering, kulit kusam- Alamak, tanda-tanda dehidrasi ke ni?
Bibir merekah, lidah kering, kulit kusam- Alamak, tanda-tanda dehidrasi ke ni?
Pemakanan memang penting untuk kesihatan diri, namun pengambilan air yang mencukupi pun sama penting juga.
Mengapakah kehausan atau dahaga lagi penting dari kelaparan?
Betulkah kehausan boleh bawa mati? Ini yang perlu anda tahu mengapa pentingnya anda minum air yang cukup setiap hari.
Mari kita terokai artikel ini untuk mengetahui tanda-tanda dehidrasi dalam tubuh anda!
Sebelum mengetahui bahayanya kehausan atau dehidrasi, sebaiknya kita faham konsep fisiologi badan kita dahulu.
Homestasis ialah mekanisma yang mengekalkan kestabilan dalaman badan untuk mengimbangi perubahan persekitaran.
Berhubungkait dengan dehidrasi, jumlah air yang hilang dari badan sepatutnya digantikan dengan jumlah air yang sama. Jika peratusan air dalam badan tidak mencukupi untuk sel-sel bekerja, maka dehidrasi akan berlaku.
Namun begitu, ia berbeza sama sekali dengan kelaparan.
Tubuh badan kita mampu menggunakan sumber-sumber lain seperti amino asid, lemak dan otot badan dalam fasa kelaparan bagi terus membekalkan tenaga kepada organ penting.
Komposisi utama badan kita adalah air, sebanyak 75%. Setiap sel dalam badan kita memerlukan air untuk berfungsi dengan baik.
Menurut Ohio State University Wexner Medical Center, badan kita akan kehilangan garam dan elektrolit bersama-sama air. Sehubungan itu, dehidrasi berlaku dengan penggabungan kehilangan garam dan air dari tubuh badan.
Kajian menunjukkan tubuh badan kita mampu terus hidup tanpa air selama 3 hari sehingga 1 minggu.
Selain itu, memetik laporan kes dari Archiv Fur Kriminologie, badan kita mampu bertahan selama 8 hingga 21 hari tanpa makanan dan air, dan sehingga 2 bulan jika terdapat sumber air yang mencukupi.
Kekurangan pengambilan air hanyalah salah satu daripada punca seseorang boleh mengalami dehidrasi.
Terdapat banyak lagi faktor dan tanda-tanda dehidrasi lain yang membuatkan kita kehilangan air daripada badan seperti:
Dehidrasi boleh terjadi kepada setiap kumpulan umur, dari bayi sehingga warga tua.
Pelbagai tanda dehidrasi boleh dialami, namun berbeza mengikut peringkat umur. Tanda-tandanya seperti berikut :
Bayi atau kanak-kanak:
Dewasa:
Jika tidak dibendung, dehidrasi mampu mengganggu kesihatan diri dan mengakibatkan komplikasi yang lagi serius seperti:
Akhir kata, seeloknya kita menjaga kesihatan diri dan peka dengan tanda-tanda dehidrasi.
Ambillah segelas air bersama secubit garam bukit selepas bangun pagi, amalkan membawa botol air ke mana sahaja anda pergi dan pilih buah-buahan yang tinggi kandungan air seperti tembikai dan strawberi.
Ambil secubit garam bukit ke dalam segelas cawan atau 1 sudu teh garam bukit ke air 1.5 liter. (mengikut keperluan tahap dehidrasi)
Amalkan minum setiap pagi ketika perut kosong. Boleh tambah limau atau madu juga untuk bantu detoks tubuh badan. Antara kebaikan minum air garam bukit:
Banyak manfaat minum air garam bukit ini untuk tingkatkan kesihatan tubuh badan kita. Pastikan stok Garam Bukit Seri Aishah sentiasa berada di dapur anda. Garam bukit Seri Aishah merupakan garam bukit berkualiti tinggi, bersijil halal dan dijamin kebersihannya. Lebih bagus dan bersih garam, lebih cepat dan mudah kita dapat kebaikkan dari garam tersebut.
Dapatkan dengan klik di sini
Antara sumber:
https://hellodoktor.com/kesihatan/fakta-menarik/tanda-tanda-dehidrasi/
https://www.mayoclinic.org/diseases-conditions/hyponatremia/symptoms-causes/syc-20373711
https://hellodoktor.com/pemakanan/tips-lain/elakkan-dehidrasi-berpuasa/
https://www.merdeka.com/jabar/12-manfaat-minum-air-garam-bagi-tubuh-ketahui-efek-sampingnya-kln.html