Mesti ramai para suami tertanya, bagaimana cara cuci uri yang betul ye?
Assalamualaikum hi, bertemu lagi kita di sini.
Saya Ustaz Basri ingin berkongsi ilmu,
bagaimana cara nak urus uri bayi anda.
Menggunakan teknik yang betul ketika mencuci uri bayi
Dalam menjaga etika sebagai penganut agama Islam.
Cuma disebabkan rasa tidak yakin saja,
Ada yang tidak berani untuk menguruskan uri ini.
Nasihat saya,
Jangan risau dan panik, sebaliknya ikut kaedah yang akan saya tunjukkan.
Langkah demi langkah, In sha Allah anda pasti akan dapat melakukannya.
Langkah # 1
Sediakan bahan dan perkakas lengkap.
Antara bahan untuk basuh uri yang diperlukan itu adalah :
- Uri
- Garam
- Asam Jawa
- Kain Putih
- Sarung tangan
- Besen
- Topeng muka
Langkah # 2
Setelah siap sedia semua bahan untuk basuh uri bayi ini,
Sekarang bolehlah kita mula dengan bacaan Basmalah.
Langkah # 3
Pakai sarung tangan dan topeng muka dahulu.
Kemudian pindahkan uri bayi daripada bungkusan ke dalam besen yang telah disediakan.
Langkah # 4
Lumurkan garam pada bahagian dalam uri,
Setelah itu biarkan sekejap.
Proses ini adalah untuk mencairkan darah yang telah beku.
Langkah # 5
Sementara tunggu darah beku itu menjadi cair,
Kita basuh dulu bekas plastik bungkusan uri tadi.
Buat sehingga betul-betul bersih.
Sebab plastik tersebut kita akan buang ke pelupusan sampah.
Buang segala lebihan darah yang wujud.
Bagi mengelakkan terjadinya bau busuk
Menghindari daripada menarik benda asing
Terutamanya haiwan seperti anjing, kucing
dan sebagainya.
Langkah # 6
Setelah itu,
Kembali semula pada uri yang telah di lumur dengan garam tadi.
Saat ini alirkan air secara terus pada uri untuk melarutkan darah
Serta memisah kotoran yang ada pada uri.
Gunakan juga asam jawa untuk proses ini.
Langkah # 7
Gosok permukaan uri secara keliling
Dari luar ke dalam dengan menghala ke arah tali pusat.
Langkah # 8
Kemudian urut pula tali pusat dari pangkal hingga ke hujung
Supaya sisa darah yang ada dapat keluar melalui hujung tali pusat.
Hati-hati kerana proses ini boleh buat darah terpercik ke muka!
Langkah # 9
Setelah selesai langkah ke-8,
Sekarang ini gosok pula pada bahagian dalam uri.
Buat secara perlahan-lahan. Tau..
Lakukan proses ini dengan lemah lembut
Bagi mengelakkan uri tidak terkoyak.
Jika bahagian dalam terkoyak
Dikhuatiri akan terlerai segala isi uri.
Setelah siap, toskan sekejap.
Langkah # 10
Sementara menunggu lebihan air turun,
Bentang kain putih untuk langkah terakhir
Proses membalut ( bungkus ).
Langkah # 11
Setelah uri siap ditoskan,
Letakkan uri di atas kain putih yang telah dibentangkan.
Taburkan garam ke bahagian dalam uri secara menyeluruh,
Macam yang saya tunjuk di bawah ini.
AWAS ! [ AMARAN KERAS ]
Jangan diletakkan benda asing dalam uri
Seperti paku, pensil, besi, gunting dan sebagainya
Melainkan jika ada unsur saintifik yang kukuh
Sebagai contoh meletakkan garam atau limau nipis
Bagi membantu untuk hilang bau darah
Atau bahan bagi uri tersebut menjadi cepat kecut.
Langkah # 12
Alhamdulillah kita sudah pun sampai pada langkah yang terakhir,
Ikatlah bungkusan uri tadi dalam bentuk bunjut dengan kemas.
Maka selesai sudah, syukurrr!
12 langkah panduan lengkap untuk membasuh uri
Bagi rujukan ayah cara cuci uri dengan betul mengikut kaedah Islam.
Saya yakin anda pasti boleh melakukannya sendiri
Dengan mengikut panduan tersebut langkah demi langkah
Sebagaimana yang telah saya kongsikan tadi.
Jika dilihat semula,
Cara yang saya kongsikan ini sangat ringkas dan mudah saja.
Yang PENTING,
Uri ini adalah sebahagian daripada bayi dan ibu.
Oleh itu ia perlu diberi penghormatan dan kemuliaan
Basuh cuci tanam uri dengan tertib.
“Dari tanah kita diciptakan
Kepada tanah jua kita dikembalikan”
Rujukkan: