Cara Merawat Cirit-Birit

Cara legakan sakit perut dengan bahan semulajadi
Tips Kekal Bertenaga Sepanjang Puasa Bulan Ramadan
Cara legakan sakit perut dengan bahan semulajadi
Tips Kekal Bertenaga Sepanjang Puasa Bulan Ramadan
Jika anda pernah menghidap cirit-birit, pasti anda akan mengelak untuk makan. Walau bagaimanapun, mungkin ramai yang tidak tahu, makanan sebenarnya boleh menjadi ubat cirit birit! Malah, ada banyak petua hilangkan cirit birit yang melibatkan pengambilan makanan tertentu.
Namun, ada juga makanan yang boleh menyebabkan masalah cirit-birit menjadi semakin teruk.

Jadi, penting untuk kita ambil makanan yang tidak akan menyebabkan perut menjadi sakit.

Menurut Cleaveland Clinic, makanan yang mengandungi air amat penting untuk individu yang menghidap cirit-birit. Manakan tidak, dehidrasi merupakan bahaya terbesar individu yang menghidap cirit-birit.

Cirit-birit merupakan masalah kesihatan yang lazim. Kebanyakan orang akan mengalami cirit-birit sekurang-kurangnya sekali atau dua kali setahun.

Ia juga bukanlah sejenis penyakit yang serius. Cirit-birit akan hilang dengan sendirinya dalam masa 1-2 hari.

Punca utama cirit-birit yang dialami ialah keracunan makanan, alahan makanan atau jangkitan bakteria.

Ada beberapa jenis makanan yang boleh menjadi ubat cirit-birit. Ingin tahu apakah makanan tersebut? Mari ikuti penjelasan kami dalam artikel di bawah!

3 makanan ubat cirit birit

Jika anda ingin cepat sembuh, ada beberapa makanan yang dapat membantu mengurangkan simptom cirit-birit.

Antara makanan yang popular ialah makanan yang tawar, mudah dicerna dan dapat menyerap air daripada tinja.

Sebab itulah, antara petua hilangkan cirit birit ialah makan sup ayam. Namun, ada banyak lagi makanan lain yang mungkin dapat membantu.

Antara makanan yang boleh menjadi ubat cirit birit ialah:

1. Ambil makanan yang tawar

Makanan yang tawar seperti nasi kosong, pisang, roti atau biskut merupakan makanan yang terbaik untuk menghentikan cirit-birit.

Pisang amat bagus sebagai ubat cirit birit. Buah ini mengandungi potasium yang dapat membantu menggantikan sebarang nutrisi yang hilang daripada badan.

Selain itu, makanan yang hangat seperti sup ayam, bubur dan oat juga dapat mengurangkan cirit-birit.

Semua makanan ini sangat membantu terutamanya pada hari pertama cirit-birit.

Pesakit juga digalakkan untuk makan dalam jumlah yang sedikit untuk mengelakkan sistem pencernaan terbeban.

2. Pilih makanan yang mengandungi probiotik

Satu lagi cara yang berkesan untuk pastikan perut cepat sembuh daripada cirit-birit adalah dengan mengambil makanan yang mengandungi probiotik.

Probiotik mengandungi bakteria hidup yang dapat menambah jumlah bakteria baik sedia ada dalam saluran pencernaan.

Walau bagaimanapun, mereka yang cirit-birit tidak digalakkan untuk mengambil produk tenusu.

Namun, ada pengecualian untuk makanan seperti yogurt, susu yang difermentasi atau kefir yang mengandungi probiotik kerana ia mungkin membawa masalah serupa.

Pada masa yang sama, kurangkan pengambilan probiotik yang tinggi gula. Gula hanya akan menyebabkan simptom cirit-birit menjadi semakin teruk.

3. Tambah cecair dalam diet untuk ubat cirit birit

Pengambilan cecair amat penting untuk memastikan pesakit cepat sembuh.

Disebabkan pesakit kehilangan terlalu banyak cecair, penghidap cirit-birit perlu minum air dengan banyak untuk mengelakkan dehidrasi.

Oleh sebab itu, banyakkan pengambilan makanan seperti:

  1. Sup
  2. Air kelapa
  3. Minuman yang mengandungi elektrolit
  4. Minuman sukan
  5. Air garam bukit 

Selain mengubati cirit-birit, minuman yang mengandungi elektrolit juga dapat menggantikan mineral yang hilang.

Benarlah petua hilangkan cirit birit orang dulu-dulu, air kelapa dan minuman sukan sebenarnya terbukti boleh kurangkan masalah cirit-birit!

Apakah itu cirit­-birit?

Cirit-birit adalah masalah sistem pencernaan yang disebabkan oleh :

  • jangkitan kuman seperti virus,bakteria dan parasit
  • alahan makanan
  • ubat-ubatan
  • pengawet makanan
  • bahan kimia dalam makanan

Organisma yang boleh menyebabkan cirit-birit berlaku ialah melalui pemakanan makanan dan air yang tercemar. WHO pada 2009 telah mengisytiharkan cirit-birit adalah penyebab kematian kedua di kalangan kanak-kanak and penyebab kematian sebanyak 1.5 juta kanak-kanak di dunia.

Tanda-tanda

Bagaimana saya mengetahui yang saya mengalami cirit-­birit?

Cirit-birit didefinasikan sebagai najis yang lembut atau berair yang lebih kerap dan banyak daripada biasa. Ia akan diikuti dengan tanda-tanda lain seperti :

  • Sakit dan kekejangan perut
  • Loya dan muntah
  • Keletihan
  • Demam

Komplikasi

Adakah cirit-birit berbahaya?

Cirit-birit yang teruk mengakibatkan dehidrasi (kekeringan akibat kehilangan air) dan sekiranya mengandungi darah ia dikenali sebagai disenteri. Jika tidak dirawat, ia boleh menyebabkan kematian.

Apakah yang harus saya lakukan sekiranya saya mengalami cirit-birit?

Kebanyakan kes cirit­birit akan pulih dengan sendirinya tanpa rawatan. Untuk mencegah dehidrasi dan mengurangkan tanda-tanda cirit­birit, lakukan seperti berikut :

  • Minum banyak air.
  • Tambahkan makanan separa pejal dan kurang serat dengan beransur-ansur
  • Elakkan produk tenusu, makanan berlemak, tinggi serat dan bahan makanan yang mempunyai bahan pengawet yang tinggi.
  • Elakkan kafein dan alkohol.

Jika cirit-birit berterusan sekurang-kurangnya seminggu atau jika anda mengalami dehidrasi atau najis yang mengandungi darah, sila berjumpa doktor.

Tanda-tanda dehidrasi adalah :

  • Haus yang berlebihan
  • Mulut dan kulit kering
  • Kurang atau tiada air kencing
  • Keletihan yang teruk
  • Pitam
  • Kulit menjadi gelap

Kesimpulan

Cirit-birit boleh memberikan kesan terhadap kehidupan seharian.

Walaupun ia tidak serius, masalah ini boleh mengganggu perjalanan hari anda. Tidak ada sesiapa yang suka berulang ke tandas berkali-kali dalam masa sejam.

Oleh sebab itu, mereka yang mengalami cirit-birit perlu berjumpa doktor dengan kadar yang segera.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *