Kepentingan sijil HALAL garam bukit

4 Cara merawat masalah rambut gugur, kelemumur, kering
6 Khasiat Kesihatan Garam Bukit untuk Masakan
4 Cara merawat masalah rambut gugur, kelemumur, kering
6 Khasiat Kesihatan Garam Bukit untuk Masakan
Show all

Kepentingan sijil HALAL garam bukit

Ramai usahawan tahu tentang halal tetapi sangat sedikit yang mengerti akan kepentingan dan manfaat sijil halal JAKIM kepada bisnes makanan mereka.

Di dalam industri Food & Beverages (F&B), pensijilan halal adalah perlu bahkan ia sangat penting. Ia bukan sahaja menaikkan brand value, malah meningkatkan keyakinan pelanggan terhadap jenama dan secara tidak langsung meningkatkan jualan.

***Gambar hiasan. Produk Samza’s Sambal hijau ada Logo HALAL JAKIM

Sijil Halal adalah sijil yang dikeluarkan oleh Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) yang mengesahkan bahawa suatu produk atau premis memenuhi syarat-syarat yang ditetapkan dalam undang-undang dan peraturan yang berkaitan dengan produk atau premis tersebut. Sijil Halal merupakan pengiktirafan yang diberikan kepada produk atau premis yang memenuhi syarat-syarat Halal dan boleh digunakan oleh umat Islam.

Bagi pengusaha produk halal atau kilang yang mengeluarkan produk makanan yang halal, sijil halal untuk setiap bahan untuk jadikan sesuatu produk amat penting.

***Gambar hiasan produk sambal menggunakan garam bukit himalaya SERI AISHAH

Sebagai contoh; Brand AB keluarkan produk sambal ikan bilis ready made dalam botol.

Antara bahan yang digunakan untuk jadikan produk tersebut adalah garam bukit, ikan bilis, cili kering, bawang. Jadi semua bahan tersebut perlulah mempunyai sijil halal tersendiri bagi memastikan produk sambal ikan bilis itu mendapat sijil HALAL JAKIM.

Walaupun garam bukit adalah bahan semulajadi, sijil Halal adalah penting kerana ia mengesahkan bahawa garam tersebut telah diproses dan dijaga dengan cara yang sesuai dengan prinsip-prinsip Halal. 

Ini bermakna bahawa garam tersebut tidak mengandungi bahan-bahan haram atau bahan-bahan yang tidak sesuai untuk diambil oleh umat Islam.

Selain itu, sijil Halal juga menjamin bahawa garam tersebut telah diproses dan dijaga dengan cara yang bersih dan selamat untuk digunakan.

Kelebihan utama sijil Halal adalah ia memudahkan umat Islam untuk:

  1. Memilih produk yang sesuai dengan prinsip-prinsip Halal. 
  2. Membantu mengurangkan risiko penggunaan produk yang mungkin mengandungi bahan-bahan haram atau tidak sesuai untuk diambil oleh umat Islam. 
  3. Kebersihan dan cara proses yang terjamin.
  4. Sijil halal adalah sebagai pengiktirafan yang diberikan kepada produk atau premis yang memenuhi syarat-syarat Halal yang ketat, yang bermakna ia merupakan pilihan yang lebih baik daripada produk yang tidak mempunyai sijil Halal.

Dapatkan garam bukit bersijil halal diiktiraf JAKIM Malaysia secara borong di pembekalgarambukit.com. Mudah urusan, pelanggan percaya.

Di Pembekal Garam Bukit, anda boleh dapatkan garam bukit himalaya dengan kualiti tinggi harga berpatutan serta mempunyai pelbagai sijil yang memudahkan anda aplly sijil HALAL untuk produk anda, memudahkan anda membuat bisnes berasaskan garam yang tentu kita tahu keaslian, kebersihan dan kualiti garam himalaya SERI AISHAH adalah yang terbaik.

KELEBIHAN GARAM HIMALAYA SERI AISHAH

1. Sijil Halal Pakistan diikhtiraf JAKIM
2. Sijil food Safety (FSSC22000)
3. Certificate of analysis
4. Technical datasheet
5. Allergence declaration food labelling

Apa kegunaan sijil di atas?
1. Pelanggan yakin produk Tuan/Puan berstatus halal & bersih
2. Memudahkan proses pengilang membuat produk
3. Garam berkualiti tinggi

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *