Baru-baru ini kita dikejutkan dengan pemergian Mejar Dr Mohd Attaful Uzair, abang kepada pelakon dan pengacara Uyaina Arshad. Arwah merupakan seorang doktor tentera. Kalau kita perhatikan tubuhnya, beliau tegap, aktif bersukan dan tidak obes. Sungguhpun begitu, arwah rebah ketika berbasikal.
Apabila saya menghubungi Uyaina, diketahui bahawa arwah ayah mereka pernah pengsan tiga kali ketika bersukan, dan meninggal dunia tidak lama kemudian pada usia yang muda juga.
Ini mungkin sesuatu yang dianggap pelik. Bukankah seseorang yang aktif bersukan itu sihat? Kenyataannya, bersukan juga boleh mendatangkan pelbagai komplikasi. Saya akan jelaskan dengan lebih lanjut tentang punca-punca pengsan atau rebah ketika bersukan.
Ini yang paling kerap mengakibatkan seseorang itu rebah ketika bersukan. Secara umumnya, kita semua maklum bahawa apabila bersukan, seseorang akan berpeluh. Peluh mengandungi air dan garam. Apabila seseorang berpeluh dengan banyak, tahap garam yang keluar dari tubuh adalah tinggi. Bila tubuh kekurangan garam, ia tidak dapat berfungsi secara biasa. Seterusnya, segala fungsi dalam badan terhenti lantas menyebabkan seseorang itu pengsan. Sekiranya kandungan garam terlampau rendah hinggakan jantung tidak boleh berfungsi secara normal, individu akan rebah, nafasnya akan terhenti dan jantungnya berhenti berdegup.
Antara tanda-tanda awal seseorang itu mengalami ‘hyponatremic dehydration’ adalah seperti berikut:
Sekiranya anda mengalami gejala demikian ketika bersukan, pastikan anda berhenti rehat, minum air dan pertimbangkan jika anda masih bertenaga untuk meneruskan aktiviti tersebut atau tidak. Untuk mengelakkan situasi begini, pastikan anda minum air secukupnya sebelum dan ketika bersukan.
Ketika bersukan, tubuh akan menghasilkan haba yang banyak. Sepatutnya tubuh kita berupaya menyingkirkan haba secara efektif untuk mengekalkan suhu badan yang normal. Namun, apabila keadaan tidak mengizinkan, contohnya cuaca terlampau panas atau pakaian terlampau ketat atau tertutup, badan akan mengalami dehidrasi dan gagal menyingkirkan haba. Akibatnya, tubuh akan mengalami kenaikan suhu secara tinggi dan mendadak yang akan menyebabkan strok haba.
Antara simptom awal adalah:
Untuk mengelakkan strok haba, pastikan anda memakai pakaian yang sesuai yang membenarkan aliran udara. Elakkan bersukan jika cuaca terlampau panas.
Ramai yang berasa mereka tiada masalah jantung. Persoalannya, adakah mereka pernah membuat saringan jantung? Masalah jantung bukan hanya melibatkan saluran darah tersumbat. Masalah jantung yang menyebabkan seseorang itu rebah secara tiba-tiba ketika bersenam boleh berpunca dari:
Ini akibat gaya hidup masa kini di mana stres menjadi sebab utama tekanan darah tinggi. Pemakanan juga menjadi satu faktor penyakit. Tabiat makan yang tidak dikawal, contohnya gemar makanan segera dan makanan berkalori tinggi, boleh mengakibatkan kolesterol tinggi di kalangan masyarakat muda.
Selain dari itu, kehidupan di bandar, bekerja sepanjang masa, tiada masa untuk bersenam; ini semua boleh menyebabkan kencing manis, kenaikkan berat badan dan banyak masalah lain walaupun pada usia muda.
Seeloknya kita mengambil tindakan segera dengan menjalankan pemeriksaan kesihatan menyeluruh, terutamanya jika anda gemar bersukan.
Tidak apa kalau anda belum bersedia untuk menerima sebarang rawatan. Yang penting, anda mengenali tubuh anda.
Sekiranya anda sedar anda berkolesterol tinggi, ataupun tahap kencing manis atas pagar, anda akan ada motivasi lebih tinggi untuk memulakan gaya hidup sihat. Malahan, dari segi perubatan, langkah pertama dalam mengawal kolesterol atau kencing manis adalah usaha pesakit sendiri, dan tidak bergantung kepada ubat semata-mata.
Rujukkan: