9 Kelebihan dan Khasiat Garam SERI AISHAH

Peranan Penting Garam dalam Cecair Badan dan Keseimbangan Elektrolit
Cara Meredakan Kesakitan dengan Terapi Tuam Sejuk atau Tuam Panas?
Peranan Penting Garam dalam Cecair Badan dan Keseimbangan Elektrolit
Cara Meredakan Kesakitan dengan Terapi Tuam Sejuk atau Tuam Panas?
Show all

9 Kelebihan dan Khasiat Garam SERI AISHAH

Garam Himalaya (Himalayan salt) telah wujud secara fitrah semenjak jutaan tahun yang lalu. Ia adalah garam yang berasal dari kawasan pergunungan Himalaya. Ia juga garam organik yang paling tulen, berkhasiat, bersih dan mempunyai struktur geometrik kristal yang sangat sempurna.
Garam (Himalayan salt) semulajadi ini tidak perlu melalui proses penambahan bahan awet dan pewarna seperti garam dari laut. Warna asal garam bukit ini ada yang berwarna putih, ‘pink’ dan kemerah-merahan, merupakan sumber yang bersih dan bebas dari sebarang pencemaran.Ia mengandungi semua unsur-unsur mineral yang diperlukan oleh tubuh badan kita. Garam Bukit Himalaya ini berbeza dengan garam harian yang biasa digunakan.
Ia adalah kerana garam halus biasa sudah menjalani pemprosesan, dimana kandungan sodium dalam garam putih menjadi sodium pasif dan ini menyebabkan tekanan darah tinggi dalam tubuh badan seseorang.
Selain itu,ia juga menyahkan potassium, kalsium, magnesium dan besi yang perlu bekerjasama dengan sodium. Garam bukit bertindak mencegah pelbagai penyakit, dimana kesahihan penggunaannya juga telah diterapkan turun temurun.
Terdapat 84 mineral semulajadi dalam garam bukit (Himalayan salt). Semua mineral ini memberi kita kesihatan yang berpanjangan dan garam ini asli 100%.

Baca: Kegunaan Garam Bukit SERI AISHAH

Antara Kelebihan dan Khasiat Garam SERI AISHAH:

S – Stabilkan Imbangan Elektrolit: Garam SERI AISHAH mengandungi elektrolit penting seperti natrium, magnesium, kalsium dan kalium, yang menyokong keseimbangan elektrolit dalam badan. Ini penting untuk mengekalkan fungsi otak yang optimum.

E – Elemen Jejak mineral: Garam bukit Himalaya kaya dengan mineral asli seperti besi, mangnese, dan tembaga, yang memainkan peranan penting dalam metabolisme selular dan fungsi otak yang sihat.

R – Regulasi Tekanan Darah: Pengambilan garam SERI AISHAH secara bijak boleh membantu mengawal tekanan darah, yang mempunyai kesan positif terhadap peredaran darah ke otak dan kesihatan jantung.

I – Ion Positif untuk Kesihatan Sel: Garam ini mengandungi ion positif yang boleh menyokong fungsi sel yang optimum, termasuk sel otak. Badan lebih cergas.

A – Antioksidan Semulajadi: Mineral dalam garam bukit Himalaya mempunyai sifat antioksidan, yang boleh melindungi sel-sel otak daripada kerosakan oksidatif dan penuaan. Sebab tu orang yang mandi garam SERI AISHAH nampak berseri dan muda!

I – Indah: Amalan mandi Garam SERI AISHAH dapat digunakan dalam perawatan kecantikan dan membantu mempertahankan kulit yang sihat. Kulit lebih lembut, jerawat kurang, lebih lembab dan kurang gatal. Skrub Garam SERI AISHAH juga membantu buang sel kulit mati. Menjadikan kulit tidak kusam lagi.

S – Stress berkurang: Mandian Garam SERI AISHAH boleh membantu mengurangkan tekanan dan meningkatkan mood baik, yang seterusnya dapat meningkatkan tumpuan dan kesejahteraan mental. Tak Moody dah! Semangat sokmo.

H – Hidrasi: Penghidratan yang betul adalah penting untuk fungsi otak yang optimum, dan garam bukit Himalaya boleh membantu mengekalkan keseimbangan cecair dalam badan. Otak cergas, kurang mengantuk sebab cukup oksigen. Minum air garam SERI AISHAH. Ambil 1 cubit sahaja garam SERI AISHAH, masukkan kedalam gelas, dan minum. Kalau aktif seperti bersukan, boleh ambil 1 suduh teh garam SERI AISHAH dan 1.5liter air.

A – Alkali dalam badan seimbang: Garam bukit Himalaya boleh membantu mengekalkan tahap pH badan yang seimbang, yang dianggap menyokong kesihatan otak. Baru lah boleh fokus. kalau tak kerja pun lambat jer gerak.

H – Hormon serotonin: Lampu garam membantu mempengaruhi serotonin dalam tubuh badan yang penting untuk memori. Selera makan dan sakit juga dipengaruhi serotonin. Serotonin iaitu hormon yang memberikan rasa kegembiraan.

Bahagia bukan? Apabila melihat keluarga kita sihat. 

 

 

 

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *